Suzuki V-Strom 250 SX (2023) kini rasmi di Indonesia, harga RM 17.8k, Malaysia menyusul?

Selepas agak lama berteka-teki, Suzuki Indomobil Sales (SIS) akhirnya rasmi menjual motosikal ‘Adventure touring’ suku liternya yang dipertontonkan ketika acara IMOS tahun lalu, Suzuki V-Strom 250 SX (2023) di negara itu.

Dan harga rasmi untuk motosikal yang membuat debut global di India, tahun lalu itu adalah Rp 59.9 juta (RM 17,872) atas jalan Jakarta.

Juga baca: Suzuki Malaysia tak abai segmen 250 cc, pelancaran kekal dirancang tahun ini!

Tiga pilihan warna yang ditawarkan untuk Suzuki V-Strom 250 SX (2023) adalah:

  • Champion Yellow
  • Pearl Blaze Orange
  • Glass Sparkle Black

Seperti ‘saudaranya’ yang lebih berkuasa, antara ‘kekuatan’ Suzuki V-Strom 250 SX (2023) adalah rekaan yang menarik bersama spesifikasi yang dianggap ‘boleh tahan’ dalam kelasnya.

Di pasaran Malaysia, sekalipun segmen 250 cc masih belum disenarai dalam katalog Suzuki Malaysia, sumber syarikat itu pernah mendedahkan kepada Wapcar mereka tidak mengabaikan segmen berkenaan dan pelancarannya dijadualkan pada tahun ini.

Dan ia termasuklah Suzuki V-Strom 250 namun perinciannya masih belum jelas.

Berbalik kepada Suzuki V-Strom 250 SX (2023) di Indonesia, ia dijana enjin 250 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Minyak, Suntikan Bahan Api, SOHC yang diganding dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Juga baca: Tak lama lagi, Suzuki V-Strom 250 SX (2022) sedang jalani ujian di Malaysia?

Kuasa yang dihamburkan adalah 26 Hp pada 9,300 rpm dan tork 22.2 Nm pada 7,300 rpm. 

Sedikit mengecewakan, sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang. Sistem brek menggunakan cakera depan dan belakang (tunggal) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Informasi lain adalah seperti ketinggian pelana 835 mm, jarak lega bumi 205 mm dan berat 167 kg dan set roda bersaiz 100/90-19 (depan) dan 140/7-17 (belakang) dan kapasiti tangki bahan api 12 liter.

Ciri-ciri menarik lain adalah seperti lampu LED penuh, panel meter digital LCD lengkap dengan sambungan ke telefon bimbit Suzuki Ride Connect Edition, soket pengecas USB dan ‘Suzuki Easy Start System’.

Juga baca: Suzuki GSX250R, V-Strom 250 ditayang pengedar, pelancaran dah dekat?

Source: Suzuki V-Strom 250 SX (2023) kini rasmi di Indonesia, harga RM 17.8k, Malaysia menyusul?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *