2 sudah, ada 3 lagi – HSDM acah siluet model baharu pelancaran 2023!

Susulan pelancaran Hyundai Creta di Malaysia awal pagi tadi, Hyundai Sime Darby Malaysia (HSDM) memaklumkan bahawa mereka akan melancarkan 3 lagi model baharu di negara kita tahun ini.

Siluet model baharu yang dimuat naik di laman sosial menjelaskan bahawa akan ada sekurang-kurangnya 2 SUV dan 1 sedan.

Santa Fe facelift

Model-model terkini yang berkemungkinan akan dilancarkan pada tahun 2023 adalah Hyundai Santa Fe facelift, Hyundai Tucson serba baharu, dan kenderaan elektrik Ioniq 6 (EV).

Hyundai Santa Fe adalah tekaan mudah kerana model lama telah dihentikan di sini, dan ia telah diacah untuk Malaysia sebelum ini. Sementara itu untuk Hyundai Ioniq 6 mempunyai bentuk yang agak mudah dikenali serta sudah diacah untuk pasaran kita.

Hyundai Tucson

Hyundai Tucson bagaimanapun telah dikesan di Malaysia pada April tahun lepas, yang merupakan petanda yang baik untuk model tersebut ditawarkan di sini. Namun, kadang kala model kereta baharu ada dipandu uji di Malaysia dengan hanya bertujuan untuk penilaian dalaman sahaja.

Baca: Spyshot: 2022 Hyundai Tucson generasi baharu tanpa seurat benang diintip di Malaysia!

Stargazer

Sebuah lagi model yang berkemungkinan untuk hadir ke Malaysia adalah Hyundai Stargazer. Berikutan daripada pengumuman pemberhentian Honda BR-V, MPV segmen-B dari Hyundai ini mampu memberikan saingan baharu kepada Toyota Veloz dan Mitsubishi Xpander.

Ioniq 6

Bilakah model-model ini akan dilancarkan masih belum jelas tetapi mengikut garis masa yang ada, pelancaran model baharu ini tidak akan terlalu lama di antara satu sama lain. Sama-sama kita nantikan.

Baca: Hyundai Kona Electric 2021 laku, hampir habis dijual di Malaysia, HSDM akan bawa masuk lagi!

Source: 2 sudah, ada 3 lagi – HSDM acah siluet model baharu pelancaran 2023!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *