Perodua akan pratonton model hybrid/EV berasaskan internet – bakal lancar hybrid pada 2024, EV pada 2029

Dalam acara Malaysia Auto Show 2023 di MAEPS Serdang yang akan berlangsung pada minggu hadapan nanti, Perodua akan debut sebuah kereta konsep elektrik yang berasaskan internet.

Berdasarkan iklan video Perodua, terdapat petunjuk yang bertulis “Electric Motion Online”.

 
 
 

 
 
 
 
 

 
 

 
 
 

 
 

A post shared by Perodua (@perodua)

Apapun, kami belum tahu sekiranya ‘Electric’ yang dimaksudkan merujuk kepada EV atau hybrid tetapi ia mungkin yang kedua.

Kalau anda nak tahu, julat harga model Perodua sekarang adalah dari RM 40k – RM 80k. Lingkungan harga ini sebenarnya terlalu rendah untuk EV rakyat yang Perodua hendak sasarkan. Jadi, mungkin hybridlah yang mereka maksudkan.

Dalam masa yang sama, sebagai sebuah syarikat tempatan, Perodua tidak boleh menjual model import dan pembekal tempatan juga belum sedia untuk sokong EV buatan lokal.

Pembentangan dari Perodua ini secara tidak langsung menunjukkan garis masa buat pelancaran model hybrid (2024) dan model BEV (2029).

Sebelum ini, Perodua pernah memaklumkan bahawa model hybrid pemasangan tempatan akan dilancar pada tahun 2024. Mereka juga akan mempersiapkan pembekalan lokal bagi menyokong pelan produk EV masa hadapan mereka. Untuk makluman anda, sasaran pelancaran di Malaysia adalah pada tahun 2029.

Menariknya, Perodua turut memaklumkan bahawa 17 pembekal tempatan tidak mampu mengikut peralihan ke EV.

17 pembekal mungkin akan digugurkan dalam peralihan Perodua ke EV.

Berdasarkan tinjauan dan kajian dari Perodua sendiri, menjelang 2030, permintaan kereta hibrid (HEV) akan lebih banyak daripada model enjin pembakaran dalaman (ICE). Menjelang 2033 pula, jualan EV akan mengalahkan kereta ICE dan hybrid.

Juga bacaKereta Perodua hibrid pertama menyusul tahun 2024, sasar EV atasi enjin konvensional menjelang 2030!

Source: Perodua akan pratonton model hybrid/EV berasaskan internet – bakal lancar hybrid pada 2024, EV pada 2029

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *