Keterujaan makin terasa, tempahan Ninja ZX-25R dah dibuka!

Penantian peminat tempatan untuk ‘menikmati’ jentera 250 cc ‘4 dapur’ Ninja ZX-25R dijangka akan berakhir tak lama lagi.

Apa tidaknya, selepas sekian lama menunggu, timbul satu perkembangan menarik apabila tempahan motosikal ‘Sportbike’ berkenaan yang mungkin menggunakan lencana Modenas itu akhirnya dibuka oleh rangkaian pengedar tempatan jenama Jepun itu di Malaysia.

Juga baca: Thailand peroleh Kawasaki Ninja ZX-25R (2023), panel meter TFT, sistem ekzos dipertingkat, tapi macam pernah lihat di Sepang!

Sekalipun perkembangan terbaharu ini bukan keluar dari ‘mulut’ Kawasaki Malaysia sendiri atau pengedar eksklusifnya Emos, tetapi ia boleh dianggap mengujakan.

Tidak menyatakan dengan tepat tarikh pelancaran rasminya, berdasarkan kepada hantaran terbaharu rangkaian pengedar itu, ia kini boleh ditempah di rangkaian pengedar rasmi jenama itu seluruh Malaysia.

Berdasarkan laporan terdahulu, Emos sebelum ini menyatakan syarikat itu merancang untuk melancarkan model hangat itu pada suku kedua tahun ini, iaitu sebelum Jun 2023 berakhir.

Dan perkembangan itu jelas mencetus keterujaan kepada warganet.

Mengulas ringkas spesifikasi trenkuasa, Ninja ZX-25R dipadankan dengan enjin bersesaran 249.8 cc, 4 Silinder Sebaris, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, DOHC, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmmisi 6 kelajuan.

Kuasa yang dihasilkan ialah setinggi 49 Hp pada 15,500 rpm dengan tork 22.9 Nm pada 14,500 rpm.

Dan apa yang membuatkan jentera ini mengujakan selain ‘4 dapur’ adalah ia dipadankan dengan pelbagai ciri moden seperti Sistem Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC), Kawasaki Quick Shifter, Sistem Klac Antigelincir (Assist & Slipper), Centre Ram Air System, Electronic Throttle Valves dan 3 mod tunggangan.

Sedikit info mengenai Ninja ZX-25R di pasaran tempatan, ia dikatakan mengikuti spesifikasi sama dengan Kawasaki ZX-25R di pasaran Thailand.

Berkemungkinan tampil dengan satu varian, ia dijanjikan varian tertinggi model berkenaan yang ada di pasaran.

Berdasarkan risikan dan laporan sebelum ini, ia dijangka dijual pada harga sekitar RM 30k. Dan nak diingatkan, ini sekadar jangkaan ya.

Juga baca: Rasmi: Kawasaki ZX-25R sah bakal tiba di Malaysia tahun depan!

Source: Keterujaan makin terasa, tempahan Ninja ZX-25R dah dibuka!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *