DYMM Agong perkenan beri laluan kepada ambulans, contoh terpuji kepada rakyat Malaysia

Atas sifat kebaikan dan tanggungjawab sivik, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dirakam video memberi laluan kepada sebuah ambulans, yang kemudiannya tular di media sosial.

Kejadian yang berlaku di Pekan, Pahang itu mendapat pujian meluas daripada orang ramai di setiap pelusuk Malaysia.

Dalam satu hantaran daripada Istana Negara, Seri Paduka Baginda dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang motoked Baginda.

Tangkap layar kejadian

Rata-rata netizen memuji Agong kerana memberi contoh positif kepada orang ramai termasuk pengguna jalan raya dan pegawai supaya mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan orang lain terutama ketika situasi kecemasan. 

Tindakan DYMM Agong ini menekankan kepentingan menghormati dan mengutamakan kenderaan kecemasan di jalan raya. Ia berfungsi sebagai peringatan kepada semua, tanpa mengira status atau kedudukan, untuk mengutamakan keperluan mereka yang memerlukan bantuan perubatan segera melebihi diri sendiri. Sumber: Istana Negara

Baca: (Video) Pasukan pengiring Anwar Ibrahim beri keutamaan pada ambulans, PM duduk belakang!

Source: DYMM Agong perkenan beri laluan kepada ambulans, contoh terpuji kepada rakyat Malaysia

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *