Jualan kereta terpakai di Malaysia dijangka melonjak 450,000 unit pada 2023, anggaran jualan RM 18 bilion!

Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia meramalkan bahawa jualan kereta terpakai pada tahun 2023 akan berjumlah kira-kira RM18 bilion, berdasarkan anggaran peningkatan jualan kereta terpakai kepada 450,000.

Presiden persatuan itu, Datuk Tony Khor Chong Boon, menyifatkan jangkaan pertumbuhan jualan kereta terpakai kepada prestasi kukuh pasaran kereta baharu pada 2022, yang menghasilkan lebih banyak kenderaan ditukar ganti dan seterusnya meningkatkan jualan kereta terpakai.

Chong Boon juga berkata walaupun pasaran kereta baharu merosot, jualan kereta terpakai masih dijangka meningkat tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Pada Mac lalu, Persatuan Auto­motif Malaysia (MAA) me­laporkan jualan kenderaan me­ningkat kepada 62,649 unit pada Februari lalu berbanding 45,062 unit bulan sama tahun lalu.

Seorang jurujual kereta baharu dan kereta terpakai ditemui akhbar Kosmo! yang ha­nya mahu dikenali sebagai Saiful, 40, mengakui permintaan kereta terpakai ketika ini adalah tinggi.

Permintaan yang tinggi itu antara­nya disebabkan tempoh menung­gu agak lama untuk mendapat kereta baharu atau orang ramai mahu berjimat menurutnya.

“Mereka beli kereta terpakai yang masih elok pada berban­ding kereta baharu jenama sama. Mungkin itu cara untuk mereka kurangkan perbelanjaan.

“Sebenarnya sukar untuk mengenal pasti punca pasaran, tetapi itu andaian mudah yang dapat dibaca ketika ini,” katanya. 

Baca: K’jaan cadang perkenal pinjaman dan insurans “Rahmah” untuk kenderaan terpakai

Source: Jualan kereta terpakai di Malaysia dijangka melonjak 450,000 unit pada 2023, anggaran jualan RM 18 bilion!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *