Suzuki V-Strom 1050 DE (2023) dah sampai Filipina, harga RM 71k, Malaysia sabar dulu!

Suzuki Motor Filipina melancarkan motosikal ‘Adventure touring’ aras tinggi jenama Jepun itu, Suzuki V-Strom 1050 DE (2023), model yang turut dikhabarkan bakal memasuki pasaran tempatan pada tahun ini.

Seperti kebanyakan model-model baharu lain, Suzuki V-Strom 1050 DE (2023) diperkenalkan di acara Pameran Motor Makina 2023 yang baru melaburkan tirainya.

Juga baca: Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S sah masuk pasaran Malaysia tahun ini, paling awal Jun 2023!

Untuk pasaran Filipina, tiga pilihan warna ditawarkan iaitu: 

  • Champion Yellow/Metallic Matt Sword Silver
  • Pearl Vigor Blue/Pearl Brilliant White
  • Glass Sparkle Black/Metallic Matt Black

Dan harga jualannya, menurut rakan media kami, Autofun.ph cukup menarik iaitu ₱ 899,000 (RM 71,032). Sebagai perbandingan, Suzuki V-Strom 1050 XT (varian terdahulu) ketika dilancarkan di pasaran Malaysia dijual pada harga RM 81,900 (asas).

Seperti dinyatakan lebih awal, Suzuki V-Strom 1050 DE adalah model naik taraf Suzuki V-Strom 1050 XT dengan huruf DE diambil daripada perkataan ‘Dual Explorer’ dan menurut Suzuki, ia adalah varian lebih lasak. 

Untuk menjadikannya lebih ‘lasak’, antara yang dinaiktaraf adalah di bahagian suspensi (depan dan belakang) yang menyaksikan jarak ‘travel’ meningkat.

Perubahan lain termasuklah penggunaan rim berbeza yang menyaksikan jarak lega bumi meningkat selain perubahan di bahagian panel meter di mana Suzuki V-Strom 1050 DE kini menggunakan skrin TFT 5 inci.

Juga baca: Suzuki V-Strom 1050 DE (2023) jangka tiba di Malaysia tahun ini, seawal suku kedua 2023?

Sebagai model aras tinggi, Suzuki V-Strom 1050 DE (2023) kekal lengkap dengan teknologi canggih termasuk unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi yang mengawal Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) selekoh, Kawalan Pegun Bukit (HHC) dan Kawalan Jelajah dan Kawalan Traksi (TC).

Tetapi, berbanding 3 mod tunggangan, ia memperoleh satu lagi mod tunggangan iaitu ‘Gravel’. Dan untuk meningkatkan kemampuan lasaknya, ABS pada roda belakang dan Kawalan Traksi kini boleh dinyahaktif sepenuhnya.

Turut tidak berubah adalah di bahagian trenkuasa dengan V-Strom 1050 DE kekal dengan enjin 1,037 cc V-Twin yang menghasilkan kuasa setinggi 107 Hp dan tork 100 Nm pada 6,000 rpm. Tetapi di bahagian transmisi, Suzuki ada melakukan talaan di mana nisbah gear kini lebih rapat.

Berbalik kepada pasaran tempatan, Suzuki V-Strom 1050 DE (2023) turut dijadual diperkenalkan tak lama lagi iaitu pada suku kedua tahun ini. Sama-sama kita nantikan.

Juga baca: Suzuki perkenal V-Strom 1050 DE (2023) di Eropah, kemampuan lasak dipertingkat!

Source: Suzuki V-Strom 1050 DE (2023) dah sampai Filipina, harga RM 71k, Malaysia sabar dulu!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *