Harley-Davidson Malaysia rai ulang tahun ke-120, umum model edisi istimewa, harga tahun 2023!

Jenama motosikal ikonik Amerika Syarikat, Harley-Davidson menyambut ulang tahun ke-120, tahun ini dan tak mahu ketinggalan, Harley-Davidson Malaysia turut meraikannya dengan pengenalan model terbaharu (2023) dan edisi istimewa di pasaran tempatan.

Turut diumumkan adalah kemas kini harga bagi tahun ini yang membabitkan pelbagai model dalam katalog jenama itu.

Juga baca: Harley-Davidson Sportster S kini di Malaysia, rekaan cetus kagum, harga asas RM 92.9k!

Untuk penawaran terbaharu di pasaran tempatan dan sempena sambutan berkenaan, Harley-Davidson (HD) Malaysia membawakan model ‘Super premium’, HD CVOTM Road Glide Limited Edition Ulang Tahun (2023) bersiri.

Selari dengan statusnya, harga yang diumumkan bagi model ini adalah RM 439,900 (asas).

Selain HD CVOTM Road Glide Limited Edition (2023), turut ditawarkan adalah enam model edisi terhad ulang tahun dengan skema warna dan perincian ulang tahun ke-120 eksklusif. 

Juga baca: Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900

Barisan model ulang tahun ke-120 di Malaysia adalah:

  • Street Glide Special
  • Ultra Limited
  • Road Glide Special
  • Fat Boy
  • Heritage Classic
  • CVOTM Road Glide Limited Edition

Selain itu, beberapa model turut memperoleh kemas kini di bahagian warna bagi tahun 2023 iaitu:

  • Sportster S
  • Street Glide Special
  • Street Glide ST
  • Fat Boy 114
  • Road King Special
  • Road Glide Special
  • Road Glide ST
  • Ultra Limited
  • Pan America 1250 Special

Di pasaran antarabangsa, HD memperkenalkan dua model baharu sempena sambutan berkenaan iaitu HD Breakout dan HD Nightster Special (2023).

Selain itu, beberapa model turut mendapat kemas kini di bahagian elektronik iaitu Kawalan Jelajah Elektronik (Electronic Cruise Control) dan Kawalan Traksi (Traction Control).

Mengenai senarai harga, kesemua model yang dinyatakan (tak termasuk HD CVOTM Road Glide Limited Edition Ulang Tahun (2023) akan bermula pada angka RM 98,900 sehingga RM 330,900 (asas).

Juga baca: Harley-Davidson Nightster (2022) mendarat di Malaysia, harga bermula RM 93.9k!

Kepada yang mahukan lebih maklumat, Harley-Davidson Malaysia mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke pusat pameran dan jualan mereka di seluruh negara.
 

Source: Harley-Davidson Malaysia rai ulang tahun ke-120, umum model edisi istimewa, harga tahun 2023!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *