Tak perlu tunggu lama, CFMoto 800 NK (2023) tiba di Filipina, harga RM 38.6k!

CFMoto tak menunggu lama untuk membawa masuk penawaran terbaharunya, CFMoto 800 NK (2023) ke pasaran rantau Asia Tenggara dengan Filipina menjadi destinasi terawal buat motosikal bergaya ‘Naked’ itu.

Diperkenalkan di peringkat global pada bulan lalu di China, CFMoto 800 NK (2023), seperti CFMoto 800 MT (Adventure touring) adalah antara model yang dinanti-nantikan di banyak pasaran berikutan ia terhasil daripada kerjasama CFMoto dan KTM.

Justeru, bukan rahsia CFMoto 800 NK (2023) dipadankan dengan trenkuasa yang sama digunakan KTM 790 Duke dan KTM 790 Adventure iaitu enjin LC8 bersesaran 799 cc, Parallel-twin.

Dan menurut rakan media kami di Filipina, Autofun.ph, CFMoto 800 NK (2023) ini menghasilkan kuasa sekitar 100 HP pada 10,500 rpm dan mampu dikerah melebihi kelajuan 220 km/j. 

Selain dipadankan dengan trenkuasa yang diyakini, apa yang menambah tarikan untuk CFMoto 800 NK (2023) adalah harga jualannya yang menarik iaitu ₱488,800 (RM 38,615) dengan pra-tempahan sudahpun dibuka.

Tampil dengan rekaan moden dan futuristik, CFMoto 800 NK yang memiliki berat 189 kg turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini yang membabitkan komponen dan keselamatan.

Seperti motosikal moden lain, ia memiliki tiga mod tunggangan (Rain, Street dan Sports) yang lengkap dengan pemetaan tunggangan tersendiri.

Dan antara yang menarik juga adalah seperti penggunaan sistem kunci pintar, sistem ‘Quickshifter, panel meter TFT berwarna dengan sambungan ke telefon pintar, sistem lampu LED penuh yang semuanya datang secara standard.

Di bahagian suspensi, ia menggunakan fork USD dan penyerap hentak tunggal dengan boleh laras (depan/belakang), set brek cakera berkembar dengan kaliper J.Juan (depan) dan cakera tunggal (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Tidak seperti Filipina, CFMoto 800 NK (2023) turut dijadual mendarat di pasaran Malaysia namun tarikh pelancarannya dijangka pada awal tahun 2024. Jadi, harap bersabar.

Juga baca: CFMoto Malaysia dilapor bakal bawa masuk CFMoto 800NK, pelancaran dijangka awal 2024!

Source: Tak perlu tunggu lama, CFMoto 800 NK (2023) tiba di Filipina, harga RM 38.6k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *