Spyshot: Peugeot 408 2023 berlegar di Malaysia, pelancaran kereta Perancis lawa ini dah dekat?

Selepas tiba di pasaran Thailand dan Singapura, nampaknya Malaysia adalah yang seterusnya untuk melancarkan Peugeot 408 generasi baru memandangkan kelibat model ini telahpun dijumpai iaitu dari RWD Industries. Dengan nombor plat dagangan yang bermula dengan huruf K juga, model ini mungkin dipasang lokal (CKD) di kilang Stellantis di Gurun, Kedah.

Juga bacaPeugeot 408 dipamerkan di Singapura – bakal menggiurkan rakyat Malaysia kalau tiba di pasaran

Model di pasaran Singapura.

Bagi anda yang belum tahu, kereta segmen C ini telah bertukar daripada sebuah sedan/coupe kepada ala crossover dan rupa parasnya ternyata cukup mengagumkan.

Juga bacaPeugeot 408 serba baru 2022 sudah debut, kini sebagai crossover, tiada lagi sedan berbentuk pelik

Apapun, pilihan trenkuasa untuk pasaran Malaysia masih belum dapat dipastikan. Di Thailand, Peugeot 408 baharu menggunakan enjin 1.6L turbo hibrid plug-in (PHEV) yang menghembuskan 225 PS dan 360 Nm tork.

Adakah enjin ini bakal beransur pada Peugeot 408 CKD nanti? Sama-samalah kita tunggu.

Juga bacaPeugeot 408 2023 serba baru diperlihatkan di Thailand – fastback crossover ni boleh masuk Malaysia ke?

Source: Spyshot: Peugeot 408 2023 berlegar di Malaysia, pelancaran kereta Perancis lawa ini dah dekat?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *