GPX Legend 250 Twin II (2023) dikemaskini di Malaysia, warna baharu, harga asas RM 13.8k!

Tidak menunggu masa yang lama, salah satu model hangat bergenre ‘retro klasik’ jenama motosikal Thailand, GPX Legend 250 Twin II mendapat kemas kini baharu bagi versi 2023, baru-baru ini di pasaran tempatan.

Membuat debut di pasaran tempatan pada Ogos tahun lalu, kemas kini yang dilakukan oleh syarikat pengeluar motosikal kebanggaan Thailand itu terhadap GPX Legend 250 Twin II (2023) begitupun hanyalah membabitkan ‘kosmetik’ iaitu penawaran warna baharu.

Pilihan warna Forest Green

Pilihan warna baharu yang dikatakan lebih menarik dan ‘retro’ itu adalah Forest Green. Selain itu, pilihan warna terdahulu iaitu Gray dan Black turut dikekalkan.

Menurut pengedar rasmi GPX di Malaysia, GPX Legend 250 Twin II (2023) dijual pada harga asas RM 13,888. 

Pilihan warna Gray

Mengulas spesifikasi trenkuasa motosikal ini, ia dikendalikan oleh enjin bersesaran 234 cc, 2 Silinder, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair/Minyak, SOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Tiada angka kuasa rasmi diumumkan oleh GPX dengan tork berada pada angka 15 Nm pada 6,500 rpm. 

Di bahagian suspensi, GPX Legend 250 Twin II (2023) tampil dengan ciri menarik iaitu dipadankan dengan fork jenis terbalik (USD) yang jelas menyerlahkan rupa bentuknya selain penyerap hentak berkembar dari jenama YSS (belakang).

Juga baca: GPX Demon GR200R 2021 dilancar di Malaysia, harga asas RM 11,388!

Turut menjadi perhatian adalah penggunaan brek cakera berkembar bersaiz 276 mm bersama kaliper 4 angkup di roda depan dan brek cakera tunggal 220 mm dengan kaliper 1 angkup di roda belakang.

Pilihan warna Black

Boleh disifatkan sebagai model ‘laku keras’ GPX Malaysia di pasaran tempatan, ciri-ciri menarik lain model ini termasuklah penggunaan panel meter digital LCD penuh, sistem lampu LED penuh termasuk DRL. 

Dengan berat 154 kg dan kapasiti tangki bahan api 14.5 liter, ketinggian pelana GPX Legend 250 Twin II (2023) adalah 790 mm dan set roda yang digunakan adalah bersaiz 110/90-17 (depan) dan 130/90-17 (belakang).


 

Source: GPX Legend 250 Twin II (2023) dikemaskini di Malaysia, warna baharu, harga asas RM 13.8k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *