Pengecas pantas DC TNB Electron umum kadar harga mengecas EV – dari RM 2.05/minit!

Kredit foto: Malaysia Electric Vehicle Owner’s Club.

Sebentar tadi, TNB Electron baru sahaja mengumumkan kadar harga mengecas buat pengecas DC di tiga R&R sepanjang lebuh raya PLUS. Perkara ini sudahpun dijangka memandangkan mereka telah lama memberikannya secara percuma.

Bercakap mengenai harga, di R&R Tapah (arah utara), kadar untuk pengecas 80 kW yang dikenakan kepada pengguna kereta elektrik (EV) adalah pada RM 2.05/minit. Jenis 100 kW pula pada RM 2.35/minit. Di R&R Ayer Keroh (arah utara) dan Paka (arah utara), pengecas 90 kW yang diletakkan mengenakan kadar harga RM 2.20/minit.

Juga bacaOra Good Cat jadi EV ‘terpilih’ dalam pelancaran stesen mengecas TNB Electron di R&R PLUS

Other Post You May Be Interested In

Untuk anda yang belum tahu untuk menggunakan pengecas EV tersebut, bolehlah muat turun aplikasi Go To-U di telefon pintar anda.

Selepas ini, dalam tahun ini juga, TNB Electron akan diperluas ke R&R Machap (arah selatan), Paka (arah selatan), Gurun (arah utara dan selatan), Rawang (arah utara) dan Gunung Semanggol (arah selatan). Menariknya, TNB turut berminat untuk menyediakan pengecas DC di jalan biasa.

Juga bacaTNB akan labur RM 90 juta bagi menambah pengecas DC di lebuh raya, jalan biasa pun termasuk

Source: Pengecas pantas DC TNB Electron umum kadar harga mengecas EV – dari RM 2.05/minit!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *