Tempahan Toyota Corolla Cross GR-S kini melebihi varian Hybrid, tempoh menunggu sekitar 6 bulan!

Rakyat Malaysia dan kecintaan yang tinggi terhadap modifikasi kenderaan adalah sinonim antara satu sama lain; buktinya ada pada sambutan terhadap SUV varian terbaharu dari Toyota ini. Difahamkan bahawa model Toyota Corolla Cross GR-Sport yang baru sahaja dilancarkan kini sudah menerima tempahan melebihi varian Hybrid teratas.

Sungguhpun begitu, angka tempahan tinggi ini lebih berkemungkinan kepada lonjakan yang bersifat sementara kerana ia adalah perkara biasa bagi model baharu untuk menerima tempahan tinggi kerana minat baharu. Malah, terdapat beberapa pengedar yang turut mengumpul pra-pesanan untuk Toyota Corolla Cross GR-Sport minggu-minggu sebelum pelancarannya.

Selanjutnya, tinjaun terhadap beberapa pengedar mendedahkan bahawa tempoh menunggu untuk SUV keluarga itu pada masa sekarang berlegar sekitar 6 bulan. Model Toyota Corolla Cross kini menduduki carta 3 model terlaris UMW Toyota Malaysia.

Baca: Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia – kosmetik & suspensi dipertingkat

Kedua-dua varian Toyota Corolla Cross GR-Sport dan Corolla Cross Hybrid dijual pada harga RM 142,000. Perbezaan ketara adalah pada aspek trenkuasa dan perincian kelengkapan prestasi yang ditawarkan. 

Bagi mereka yang berminat, rujuk harga dan varian Toyota Corolla Cross seperti berikut:

Baca: Rebiu Ringkas: Toyota Corolla Cross GR Sport di Sepang – perbezaan jiwa tak ketara tapi ada uniknya

Source: Tempahan Toyota Corolla Cross GR-S kini melebihi varian Hybrid, tempoh menunggu sekitar 6 bulan!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *