Chery Omoda 5 diintip sekali lagi, nampak lampu LED belakang, model CKD akan tiba?

Kredit foto: Lye Teow dari Facebook.

Kita sudah sedia maklum bahawa Chery Malaysia akan kembali menyusul ke tanah air kita pada separuh dua 2023. Disebabkan itu, anda dapat lihat bahawa kelibat model-model yang akan datang sudah banyak berlegar.

Kali ini pula, Chery Omoda 5 diintip sekali lagi tetapi ada satu benda yang lain.

Kredit foto: 傅洺鋠 dari Facebook.

Kalau anda nak tahu, intipan sebelumnya buat SUV segmen B yang stylo ini menggunakan lampu belakang jenis bulat. Tetapi kali ini, ia dilihat menggunakan jenis LED produksi.

Kredit foto: Mohd Zakiri M Marzuki dari Facebook.

Apapun, pelekat hitam dan samaran yang memenuhi bahagian badan SUV ini betul-betul merahsiakan bahagian lain. Jadi, agak sukar untuk kenal pasti varian apa yang diintip kali ini.

Bagi anda yang belum tahu, Chery Malaysia sudahpun membuat perjanjian dengan pihak tempatan tetapi rakan pengedarnya masih belum didedahkan.

Juga bacaChery adalah kereta China PERTAMA yang utamakan Malaysia, bukan Geely. Ini 3 sebab utama!

Charlie Zhang, Naib Presiden Eksekutif Chery International.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Chery International, Charlie Zhang, produksi buat kedua-dua Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 akan bermula pada akhir Jun nanti. Pelancarannya pula disasarkan pada bulan Julai.

Walaupun lokasi kilang CKD Chery masih dirahsiakan, ada sumber memberitahu bahawa ia terletak di Kulim, Kedah iaitu di kilang rakan Inokom di Sime Darby Motors=Bermaz Auto.

Untuk pengetahuan anda, kilang Inokom itu juga memasang kereta seperti Hyundai Santa Fe, Kia Sorento dan Mazda CX-8.

Juga bacaChery Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 CKD akan bermula Jun 2023, rakan kongsi di Malaysia dah setuju!

Source: Chery Omoda 5 diintip sekali lagi, nampak lampu LED belakang, model CKD akan tiba?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *