Galaxy L7 dilancarkan – SUV PHEV dengan 1,370 km untuk satu tangki penuh, sub jenama baharu Geely!

Geely Auto Group secara rasminya melancarkan siri produk elektrik mewah baharu, Geely Galaxy, pada satu acara di Hangzhou, China. Model pertama dari sub jenama ini adalah Geely Galaxy L7, SUV PHEV jarak jauh yang bakal dilancarkan bersama dengan model konsep elektrik sepenuhnya, “Galaxy Light”.

Geely Auto juga melancarkan pelbagai teknologi elektrik canggih baharu, termasuk sistem keselamatan bateri Aegis, trenkuasa baharu NordThor Hybrid 8848 dan Galaxy N-OS.

Siri Geely Galaxy mengintegrasikan keupayaan pembangunan kereta global Geely Auto untuk menawarkan pengguna hibrid plugin jarak jauh yang cekap tenaga dan kenderaan elektrik tulen. Ia akan menggunakan seni bina elektrik pintar khusus meliputi platform E-CMA untuk rangkaian produk hibrid jarak jauh, serta reka bentuk baru futuristik untuk rangkaian model elektrik pintar.

Galaxy Light Concept

Geely Galaxy akan memperkenalkan 7 model kenderaan baharu dalam tempoh dua tahun akan datang, empat daripadanya merupakan model elektrik hibrid jarak jauh. 3 model akan berada di bawah rangkaian Galaxy E tulen, dengan Galaxy E8 pertama dijadualkan untuk penghantaran pada suku keempat 2023.

Baca: Kereta & satelit sudah; kini Geely memasuki arena telefon pintar dengan membeli Meizu daripada Alibaba

Other Post You May Be Interested In

Siri Galaxy akan menjadi yang pertama oleh jenama untuk menggunakan sistem keselamatan bateri Aegis, yang menawarkan tahap perlindungan pengguna dan keyakinan tertinggi sepanjang jangka hayat unit bateri. Sistem ini dapat meramalkan dengan tepat dan mengelakkan masalah berkaitan haba dan situasi lain, meningkatkan jangka hayat bateri sebanyak 20%.

Kabin futuristik dalam Galaxy Light Concept

Pelancaran siri Geely Galaxy memperkenalkan generasi terbaru enjin hibrid khusus untuk Geely Auto, NordThor 8848. Trenkuasa ini mampu mencapai kecekapan haba puncak sebanyak 44.26% serta menggunakan sistem pengurusan tenaga ramalan pertama industri untuk meningkatkan ekonomi bahan api sehingga 15%.

Penjana kuasa hibrid NordThor menawarkan pengguna kombinasi terbaik prestasi dan penjimatan bahan api, membolehkan kenderaan mencapai kelajuan tertinggi 200km/j dan 0-100km/j dalam 7.5 saat.

Baca: Geely memperkenalkan enjin hibrid 1.5L 4 silinder, kecekapan haba 44.26%, lagi berkuasa!

Penggunaan bahan api dunia sebenar untuk model hibrid jarak jauh telah diuji mencapai 5.23L/100km, membolehkan Galaxy L7 memandu sejauh 1,370 km pada tangki bahan api tunggal dalam keadaan pemanduan hibrid. Julat bateri elektrik tulen akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sebagai rujukan, Geely mempunyai beberapa sub jenama yang berorietasikan kereta elektrik dan hibrid sebelum ini. Antara jenama-jenama yang lebih dikenali adalah:

  • Geometry – Dilancarkan pada tahun 2019, geometri adalah sub-jenama premium yang memberi tumpuan kepada menghasilkan kenderaan elektrik tulen
  • Lynk & Co – Dilancarkan pada tahun 2016, Lynk & Co adalah usaha sama antara Geely dan Volvo.
  • Polestar – Dilancarkan pada 2017, Polestar pada asalnya merupakan sub-jenama prestasi Volvo sebelum diubah kepada jenama kenderaan elektrik sendiri.
  • Zeekr – Dilancarkan pada 2021, Zeekr ialah jenama kenderaan elektrik premium di bawah Geely yang bertujuan untuk bersaing dengan Tesla
  • Radar – Berfokuskan teknologi yang didedikasikan untuk membangunkan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) dan teknologi pemanduan autonomi. Turut hadir dengan trak pikap elektrik.

Baca: Jenama EV Geely terbaru dikait dengan Asia Tenggara, trak pikap Radar RD6 untuk Malaysia?

Source: Galaxy L7 dilancarkan – SUV PHEV dengan 1,370 km untuk satu tangki penuh, sub jenama baharu Geely!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *