Sambutan menggalakkan terhadap jenama BYD dan BMW bantu pacu keuntungan untuk Sime Darby Bhd!

Sime Darby Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM389 juta pada suku kedua tahun kewangan 2023 yang berakhir 31 Disember 2022, meningkat 12.8 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

Pertumbuhan ini disokong oleh pendapatan kumpulan yang lebih baik sebanyak RM11.29 bilion, 7.6 peratus lebih tinggi daripada suku sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson, berkata bahagian perindustrian menjadi penyumbang utama bagi suku kedua tahun kewangan 2023, diterajui oleh operasi di Australasia, yang mencatatkan keuntungan lebih tinggi, terutamanya menerusi pertumbuhan organik daripada segmen peralatan di Australia serta perniagaan enjin di Singapura.

“Sementara itu, bahagian automotif meraih jumlah jualan yang lebih tinggi daripada operasi Malaysia, sekali gus mengimbangi kesan penyusutan margin daripada perniagaan China pada suku tahun yang dilaporkan,” katanya.

Di samping itu, Jeffri turut mengatakan bahawa penyerahan tempahan semasa tempoh SST telah menyokong operasi automotif kumpulan di Malaysia, yang mencatatkan prestasi kukuh pada separuh pertama tahun kewangan 2023.

Baca: Pasca SST: Masih ada 400k tempahan tertunggak kenderaan, dijangka tak ramai yang nak batalkan pesanan!

Pelancaran model baharu di seluruh operasi serantau kumpulan dijangka mengekalkan momentum jualan yang tinggi dalam tempoh terdekat.

“Permintaan bagi model kenderaan elektrik (EV) kami yang merangkumi pelbagai jenama tetap kukuh, menandakan kesediaan pasaran untuk mengguna pakai pengangkutan elektrik.

“BYD, jenama terbaharu dalam angkatan kami, mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran Malaysia, dan ini menjadi satu langkah positif dalam usaha Sime Darby untuk menjadi peneraju dalam sektor EV,” katanya.

Baca: 500 unit BYD Atto 3 sedang dihantar ke Malaysia untuk diserah milik, 1 bulan selepas dilancar!

Beliau berkata, sebagai antara wakil penjual BMW yang terbesar di dunia, pengiktirafan jenama itu sebagai peneraju utama bagi segmen mewah dunia untuk dua tahun berturut-turut adalah pencapaian yang amat memberansangkan.

“Kami berharap untuk terus memanfaatkan kekuatan jenama BMW dan rangkaian produknya yang menarik,” katanya. – Berita Harian

Baca: 7 sedan & hatchback baru yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 2023, daripada Proton S50 kepada BMW i7

Source: Sambutan menggalakkan terhadap jenama BYD dan BMW bantu pacu keuntungan untuk Sime Darby Bhd!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *