CFMoto lancar 800MT Explore Edition (2023), Kawalan Traksi, Radar RDS belakang, panel meter dikemaskini!

Syarikat pengeluar motosikal China, CFMoto memperkenalkan model ‘Adventure touring’ CFMoto 800MT tahun lalu dan menariknya, motosikal berkenaan sudah pun dijual di pasaran tempatan.

Terbaharu bagi tahun 2023, CFMoto meningkatkan penawarannya bagi model berkenaan dengan memperkenalkan CFMoto 800MT Explore Edition (2023) di pasaran Eropah.

Begitupun sedikit mengecewakan, tiada pengumuman harga dilakukan untuk model yang ditawarkan dalam dua pilihan warna itu, ‘Gem Black’ dan ‘Starry White’ itu.

Sebagai info, CFMoto melancarkan CFMoto 800MT tahun lalu dalam dua varian, Sports dan Touring. 

Dan untuk CFMoto 800MT Explore Edition (2023), ia nampak mirip varian ‘Touring’ terutama dengan penggunaan rim jejari.

Begitupun, ada beberapa kemas kini dilakukan CFMoto terhadap motosikal berkenaan iaitu penggunaan sistem Kawalan Traksi yang dikemaskini, radar RDS belakang baharu dan panel meter MMI bersaiz 8 inci terkini.

Other Post You May Be Interested In

Selain itu, CFMoto 800MT Explore Edition (2023) turut dipadankan dengan tayar berkualiti tinggi, Michelin Anakee Adventure sebagai standard.

Tiada perubahan lain diumumkan dengan spesifikasi termasuk dari sudut kuasa dan ciri kekal. 

Mengulas trenkuasa, motosikal ini dipadankan dengan enjin bersesaran 799 cc, 2 Silinder Parallel-Twin, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihasilkan adalah 90 Hp pada 9,250 rpm dan tork 75 Nm pada 8,000 rpm. Kepada yang tidak tahu, ia adalah enjin yang turut digunakan pada KTM 790 Adventure susulan kerjasama CFMoto dan KTM. 

Menggunakan teknologi ‘Throttle By Wire’, CFMoto 800MT turut memiliki dua mod tunggangan (Rain dan Sports), ABS Cornering, Quickshifter, Klac Slipper, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan panel meter digital TFT berwarna 7 inci.

Informasi penting lain adalah seperti berat 231 kg, tangki bahan api 19 liter dan menggunakan kaliper brek J.Juan.

Di Malaysia, CFMoto 800MT sudah memasuki pasaran sejak tahun lalu dengan hebahan diumumkan cawangan pengedar jenama itu dengan harga sekitar RM 50k.

Berbalik kepada CFMoto di pasaran tempatan, hak pengedaran jenama itu menurut sumber sudah diberikan kepada MForce Bike Holdings namun tiada perkembangan rasmi mengenainya setakat ini.

Source: CFMoto lancar 800MT Explore Edition (2023), Kawalan Traksi, Radar RDS belakang, panel meter dikemaskini!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *