SIC ‘laku keras’, hujung minggu 2023 habis ditempah, jadi venue versetail, ‘rahmah’!

Jika berpandukan kepada kalendar 2023, tak salah untuk menyatakan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai antara venue ‘hot’ di negara ini dengan kesemua hujung minggu yang diperuntukkan pada tahun ini habis ditempah.

Apa yang menariknya, acara yang dijalankan di litar kebanggaan negara ini tidak saja tertumpu kepada sukan permotoran, malah turut membabitkan aktiviti lain seperti hiburan dan korporat.

Ingin mengubah persepesi orang ramai yang menyatakan SIC sebuah venue yang elit, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif menyatakan pihaknya terbuka untuk menerima tempahan terhadap pelbagai acara.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif

“Kita ada banyak acara yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini. Untuk tahun ini juga, tempahan kita untuk hujung minggu sudah habis dan tinggal hari bekerja saja,” katanya ketika ditemui pada Hari Terbuka SIC, semalam.

“Selain itu, kita juga boleh menganjurkan aktiviti di waktu malam kerana kita mempunyai lampu limpah.”

Mengulas lanjut mengenai konsep ‘buka pintu’, antara acara yang dirancang dianjurkan di SIC mengikut Shafriman termasuklah berbasikal, marathon dan konsert.

“Persepsi orang ramai menyatakan SIC merupakan tempat orang elit kerana sebelum ini kita menganjurkan acara seperti Formula 1 menyebabkan ramai yang bertanggapan bahawa tempat ini mahal.

“Jadi saya ingin tukar persepsi, tahun ini kita akan buka lebih banyak lagi acara yang mengenakan harga berpatutan.

“Jika sebelum ini, kita hanya menganjurkan acara sukan pemotoran empat dan dua roda, tetapi kali ini kita akan buka tempat untuk sukan-sukan rakyat seperti berbasikal dan marathon.

“Kita juga akan kembali aktif menganjurkan konsert kerana venue ini memang sesuai untuk acara itu juga,” katanya.

Pihak SIC menganjurkan Hari Terbuka SIC bagi meraikan para penaja dan pelanggan yang selama ini banyak memberikan sokongan kepada litar berkenaan.

Source: SIC ‘laku keras’, hujung minggu 2023 habis ditempah, jadi venue versetail, ‘rahmah’!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *