USA jobs

5 kereta terpakai berprestasi mantap yang boleh didapati di bawah harga RM 100k!

Industri automotif telah berkembang jauh dari segi reka bentuk, teknologi, dan prestasi, dengan model-model baru yang dikeluarkan setiap tahun menawarkan ciri-ciri terkini yang terbaik.

Walaupun memiliki kereta prestasi terkini dapat memberikan pengalaman yang mengujakan, kos yang tinggi untuk membeli dan membela kereta baru sering membuatkannya satu pilihan yang kurang realistik bagi ramai pengguna.

Di sinilah daya tarikan kereta “sport” terpakai yang menawarkan prestasi yang mantap semakin menyerlah. Sungguhpun begitu, model-model yang akan disenaraikan ini sering menjadi pilihan yang kurang popular di pasaran tetapi keupayaan prestasi mereka menjadikan mereka sebagai alternatif yang terjangkau berbanding model baharu.

BMW lama adalah alternatif terbaik untuk menceburkan diri ke sukan permotoran

Dari BMW 3-Series E46 yang ikonik hingga Suzuki Swift Sport roket poket, kereta terpakai yang memberikan pengalaman pemanduan yang mengujakan boleh menawarkan nilai yang baik untuk wang anda tanpa mengorbankan aspek pemanduan.

Selain itu, kereta-kereta terpakai ini sering mempunyai komuniti peminat yang kuat, menjadikannya lebih mudah untuk mencari sokongan, penyelenggaraan, dan peningkatan untuk kenderaan mereka. Dengan cara ini, kereta terpakai yang berprestasi mantap boleh menawarkan pintu masuk yang menyenangkan ke dunia automotif / sukan permotoran yang penuh dengan keghairahan dan semangat tanpa membebankan kos tinggi.

Walaupun kecil, Swift Sport tidak kekurangan dari segi pilihan talaan.

Dengan ini, WapCar berhasrat untuk meneroka pasaran tempatan dengan cuba mengenal pasti model yang menawarkan keseronokan dan berharga rendah ketika ia masih lagi belum ditelan usia.

Perlu diingatkan bahawa senarai di sini diambil dari sudut berbeza-beza dan petanda aras yang lebih umum untuk pilihan model bagi memenuhi citarasa pelbagai jenis kepala petrol petrolhead.

Toyota Altezza

Toyota Altezza mungkin sekali sedan sukan premium yang paling lengkap dari tahun 90-an. Dihasilkan untuk memintas kereta Jerman pada zamannya, ia memenangi pertempuran individu tetapi tidak mampu mengubah sentimen Jepun-Jerman yang kekal sehingga kini.

Antara spesifikasinya adalah suspensi double wishbone depan dan belakang yang memberikan kelebihan dalam pengendalian, enjin 3S-GE yang dihasilkan bersama Yamaha yang menghasilkan 210 PS tanpa paksaan induksi, kotak gear manual 6 kelajuan yang memacu roda belakang dan kabin yang lapang. Semua ciri ini dibuat untuk sedan prestasi yang agak serius.

Ramai yang bersetuju bahawa Altezza mendahului BMW 3 Series E36 pada masa itu tetapi tidak mempunyai dos penggalak dalam bentuk jenama prestasi (seperti GR atau TRD) yang menyebabkannya mandul.

Varian yang disyrokan adalah manual RS200 yang mempunyai enjin 3S-GE BEAMS berbanding model automatik 5-kelajuan. Hal ini kerana output enjin manual lebih tinggi dan juga mempunyai beberapa kelebihan kecil di bahagian dalam.

Harga pasaran agak agak berpatutan dan beberapa unit terpakai Altezza RS200 automatik berada dalam julat RM 35kRM 39k ketika ini. Sekiranya unit manual muncul, jangkakan bayaran bermula RM 40k atau lebih bergantung kepada keadaan.

Other Post You May Be Interested In

BMW 3 Series (E46)

BMW 3-Series E36 adalah sedan sporty mampu milik tetapi kini mengalami kebangkitan semula kerana unit yang diselenggara dengan baik lebih lagi spesifikasi enjin 6-silinder dan manual mula melepasi paras RM 30k.

Sebagai nama sedan sukan de facto, BMW 3 Series mewakili kereta prestasi bajet… jika anda faham maksud kami.

Enjin 6-silinder BMW memang mengasyikkan

Model sedan E46 masih sangat murah dan anda boleh mendapatkan 325i atau 328i terpakai dengan harga sekitar RM 15k. Malah terdapat beberapa unit 330i dengan harga RM 17k-18k walaupun kami mengesyaki cukai jalan tahunan mungkin dalang kepada susut nilai yang tinggi itu.

Model manual lebih sukar diperolehi tetapi pertukaran kepada kotak gear manual boleh dilakukan dengan harga sekitar RM 10k.

Berbeza dengan E36, coupe E46 masih lagi terjangkau. Beberapa unit yang kami temui dijual dengan harga lebih rendah dari RM 30k.

Penyelenggaraan adalah munasabah, alat ganti mudah didapati dan pilihan tuning tidak terhad. Jika anda ingin menyertainya dalam acara “drift” dengan bajet kecil, terdapat banyak kit penukar wedgelock untuk menjadikan differential lebih dekat kepada LSD. Malah, kini lebih ramai “drifter” E46 di kalangan akar umbi tempatan.

Suzuki Swift Sport ZC32S

Perlu diingatkan bahawa “hot hatch” adalah asas kepada kenderaan prestasi di bawah bajet. Spesis menawarkan nilai terbaik kerana kebanyakan model adalah berdasarkan “econo-hatch” yang sedia ada ditala untuk mendapatkan lebih prestasi. Suzuki Swift Sport adalah contoh terbaik kenyataan ini.

Anda boleh mempertimbangkan model ZC32S yang dilancarkan di sini pada pertengahan 2013, menjadikannya masih layak untuk pinjaman.

Ia membawa beberapa peningkatan utama dalam bentuk lebih banyak kuasa dan tork daripada enjin M16A, ihsan pengambilan pembolehubah baru dan VVT yang dipertingkatkan. Mujur keperluan bahan api minimum juga disemak semula, bermakna ia cukup dengan RON 95, walaupun Suzuki “sangat mengesyorkan” RON 97 untuk jangka hayat yang lebih panjang. Namun, ini lebih baik daripada RON 98 yang diminta oleh model generasi ZC31S.

Tambah markah lagi, Suzuki Swift Sport hadir dengan kotak gear manual.

Suzuki Swift Sport ZC32S automatik menggunakan CVT

Selain daripada perlu menghadap permintaan bahan api RON supercar, Suzuki Swift Sport ZC32S adalah hot hatch yang diperhalusi dengan lebih banyak ciri yang menjadikannya lebih baik sebagai pemandu harian.

Sekali lagi, unit terpakai adalah sedikit dan sukar ditemui dalam keadaan memuaskan. Tahun lalu, hanya sedikit yang muncul mencapai harga sekitar RM 65k-68k.

Nissan 350Z

Ya, kami tahu cukai jalan tahunan melebihi RM 4,300 adalah tidak munasabah tetapi Nissan 350Z tetap menepati kriteria yang diperlukan. Kereta sport Jepun tulen ini boleh didapati dengan harga kurang dari RM 60k sekarang.

Sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa harganya telah jatuh di bawah RM 30k hanya beberapa tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, seperti E36, Nissan 350Z manual dalam keadaan baik sangat sukar ditemui justeru ia mewajarkan harga yang sedikit lebih tinggi berbanding jangkaan umum.

Di sisi positif, unit manual biasanya dimiliki oleh penggemar kereta sport dan disebabkan itu, mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dijaga dengan lebih baik. Model automatik pula lebih digemari geng MLM dan mereka yang mahukan sesuatu yang mampu mencolok mata.

Pacuan manual pada enjin V6 3.5 liter sangat menyeronokkan dan walaupun ia lebih sesuai untuk sebagai model grand tourer (GT) berbanding berlumba di litar, 350Z masih mampu bersaing dengan pesaing yang lebih moden.

Jangkakan harga premium di kawasan RM 70k untuk Nissan 350Z manual terpakai dalam keadaan baik tetapi jika anda boleh hidup tanpa pedal ketiga, terdapat lebih banyak pilihan.

Toyota 86 / Subaru BRZ

Kembar Toyobaru ini adalah model coupe sport yang paling berpatutan. Apa yang kurang dalam tujahan kuasa yang ditawarkan, mereka menggantikannya dengan dinamik pemanduan yang sangat tajam. Ia adalah kereta pemandu sejati dan seperti kata pujangga, jika anda tak boleh memandu laju menggunakan 200 PS, anda tak akan lebih pantas dengan 1,000 PS…

Juga, ayat seperti “lebih baik memandu kereta perlahan dengan laju berbanding memandu kereta laju dengan perlahan”.

Walau bagaimanapun, 86 dan BRZ bukanlah kereta yang dikategorikan perlahan sama sekali. Jika bersaing kelajuan di jalan lurus, memang kalah tetapi untuk jalan yang berliku-liku, pemandu yang betul boleh memberi saingan kepada supercar.

Kedua-dua 86 / BRZ sangat memuaskan kepada pemandu. Melaksanakan langkah yang sempurna antara stereng, pengalih-gear dan pedal akan membuatkan coupe itu bergerak selari (drift) di atas asfalt.

Pilihan untuk modifikasi juga bukan sedikit. Pilihan tuning adalah tidak terhad dan pembangunan oleh pengubahsuaian masih berterusan hingga ke hari ini. Jika anda rasa kembar ini tidak cukup pantas untuk anda, terdapat segala-galanya dari pemasangan induksi paksa hingga ke bahagian suspensi.

Dengan kemunculannya pada tahun 2013 bermakna anda boleh mendapatkan model pra-facelift terpakai di bawah RM 100k, namun adalah lebih realistik jika anda menambah bajet sekitar RM 120k sementara masih layak untuk mendapatkan pinjaman.

Jangan jadi mamat ni, beli manual terus

Jadi begitulah. 5 (atau 6 jika lebih spesifik) model kereta prestasi yang boleh didapati pada harga di bawah RM 100k. Impian kami untuk melihat peminat dan pemandu sukan permotoran akar umbi supaya terus maju mungkin dapat membantu melalui artikel kerdil ini. Adakah anda pelumba negara yang seterusnya?

Baca juga: Dunia dah tak perlukan kereta manual

Source: 5 kereta terpakai berprestasi mantap yang boleh didapati di bawah harga RM 100k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *