41 peratus tempahan kereta di Malaysia Autoshow 2023 adalah untuk kereta elektrik

41 peratus tempahan kereta di Malaysia Autoshow 2023 adalah untuk kereta elektrik

Malaysia Autoshow 2023 yang berlangsung pada 4 – 7 Mei lalu berjaya mencacat lebih 2,000 tempahan kenderaan dan 41 peratus daripada jumlah keseluruhan tempahan adalah terdiri daripada kenderaan elektrik (EV).

Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARii) dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar kenderaan membuka tempahan untuk EV di sepanjang acara itu dan menyaksikan permintaan semakin meningkat untuk kenderaan mesra alam tersebut.

Pameran automotif yang berjaya menarik 190,000 pengunjung ini mendapat sokongan kukuh daripada industri sehingga mencatat kira-kira 2,200 tempahan kenderaan dan 6,800 pelanggan berpotensi, lapor Bernama.

Dengan ini, Malaysia Autoshow 2023 memecah rekod paras transaksi dengan potensi jualan bernilai RM 1 bilion untuk pengeluar peralatan tulen (OEM).

Menurut MARii, sebanyak 3,500 pandu uji dan 2,800 tunggangan ujian direkodkan – bersamaan dengan jarak kira-kira 17,000 kilometer – di sepanjang acara empat hari itu berlangsung.

Juga baca: Proton X50 R3 20th Anniversary Limited Edition 2023: Terhad kepada hanya 200 unit, kit badan, rim 18′ baru

Selain kepelbagaian jenis model dari sekitar 26 jenama kereta di pameran tersebut, kunjungan orang ramai dan sambutan yang memberangsangkan ini boleh dikaitkan dengan jualan eksklusif Proton X50 R3 20th Anniversary Limited Edition 2023 dengan 200 unit terhad, tayangan kereta konsep Perodua EM-O EV, dan lain-lain.

Juga baca: Neta V terima sehingga 100 tempahan ketika Malaysia Autoshow 2023, penghantaran bermula suku ke-3 2023!

Source: 41 peratus tempahan kereta di Malaysia Autoshow 2023 adalah untuk kereta elektrik

SHARE NOW

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *