USA jobs

4 jam di bilik bedah, Danial Syahmi selamat jalani pembedahan di Barca!

Proses pemulihan kini bermula Danial Syahmi Ahmad Shahril selepas pelumba muda berbakat negara itu selesai dan selamat menjalani pembedahan di Barcelona, Sepanyol sebagai rawatan terhadap kecederaan ‘patah’ yang dihadapinya.

Danial Syahmi

Danial Syahmi, seperti laporan kami sebelum ini menjalani pembedahan susulan kecederaan yang dihadapinya selepas terbabit kemalangan ketika sesi kelayakan Pusingan 2 Red Bull Rookies Cup 2023 di Jerez, Sepanyol minggu lalu. 

Menurut pasukan pengurusannya, ZK Racing dalam kenyataan ringkas, proses pembedahan berlangsung selama sekitar 4 jam.

“Alhamdulillah syukur pembedahan selamat dan berjalan dengan lancar. Proses pemulihan bermula sekarang dalam tempoh 3 ke 4 minggu.”

Other Post You May Be Interested In

Menurut ZK Racing, keputusan menjalani pembedahan diambil selepas perbincangan yang rapi dijalankan di antara pasukan (Honda Team Asia), keluarga dan Danial Syahmi sendiri.

Dan selama menjalani proses pemulihan, krew ZK Racing akan bersama pelumba itu untuk menjaga dan membawa Danial menjalani proses fisioterapi dan rawatan selanjutnya.

Susulan kecederaan yang dihadapinya, Danial Syahmi terlepas aksi Pusingan 1 Kejuaraan Dunia JuniorGP (JrGP) 2023 yang dijadual berlangsung hujung minggu ini di Portugal.

Danial Syahmi (kanan) dan Hakim Danish

Kepada yang tak tahu, Danial Syahmi sebelum ini pernah berdepan kecederaan ngeri ketika beraksi di kejuaraan Asia Talent Cup (ATC) pada tahun 2018, kecederaan yang cukup berisiko untuk meranapkan karier perlumbaannya sebelum ini.

Danial Syahmi (kanan) bersama Dato’ Razlan Razali (tengah) dan Hakim Danish

Tetapi dengan tekad dan semangat yang tinggi, pelumba berusia 20 tahun bangkit dan berjaya bergelar naib juara perlumbaan ATC pada musim 2021.

Source: 4 jam di bilik bedah, Danial Syahmi selamat jalani pembedahan di Barca!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *