3 pikap terpakai yang berbaloi dibeli di Malaysia – Nissan Navara, Mitsubishi Triton dan Ford Ranger

Mencari trak pikap yang berharga mampu milik di Malaysia mungkin agak sukar. Tetapi secara alternatifnya, anda boleh lihat dari pasaran terpakai kerana kereta jenis sebegini selalunya tahan lasak, boleh meredah banjir dan dibina untuk jangka hayat yang panjang. Model paling sinonim dengan kualiti yang disebutkan adalah Toyota Hilux. Tetapi bagaimana kalau anda mahu sesuatu yang lebih unik? Ini 3 pilihan yang anda patut anda tinjau sebagai alternatif.

1. Nissan Navara

Model ini terkenal sebagai antara pikap paling selesa dalam segmen. Untuk pasaran sekarang, sebagai konteks, varian mercu PRO-4X model tahun 2021 kini hanya RM 129k dan bayaran bulanannya setakat RM 1,4++ sahaja.

Nissan NAVARA

Dari segi teknikal, Nissan Navara menggunakan enjin 2.5L turbodiesel yang menghasilkan 190 PS dan 450 Nm tork. Kuasa dihantar ke empat-empat roda melalui transmisi automatik 7 kelajuan.

Juga bacaNissan Navara (D23) facelift 2021 dilancarkan – varian baru PRO-4X, ADAS, bermula RM 91,900!

2. Mitsubishi Triton

Model ini pula lebih menyeluruh di mana tahap praktikaliti di dalam kabin adalah yang paling mantap. Selain itu, Mitsubishi Triton juga antara pikap yang paling senyap dalam kelasnya. Berdasarkan pasaran semasa, varian mercu VGT model tahun 2021 kini boleh didapati pada harga serendah RM 103k dan bayaran bulannya hanya setakat RM 1,100 – RM 1,200 sahaja.

Mitsubishi TRITON

Dari segi trenkuasa, ia menggunakan enjin 2.4L turbodiesel yang menghembuskan output sebanyak 181 PS dan 430 Nm tork. Kuasa dihantar ke empat-empat roda melalui transmisi automatik 6 kelajuan.

Juga bacaRebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian?

3. Ford Ranger

Pilihan ketiga pula adalah buatan Amerika tetapi nama model ini begitu diminati di Malaysia. Selain bentuk yang sasa dan menggiurkan, Ford Ranger juga menawarkan pengalaman pemanduan yang terbaik dari segi pengendalian. Mengikut pasaran terpakai semasa, varian WildTrak model 2021 sebagai contoh boleh dimiliki pada harga serendah RM 131k dan bayaran bulanannya sekitar RM 1,4++.

Ford RANGER

Dari segi nadi, ia menggunakan enjin 2.0L turbodiesel yang menjana kuasa sebanyak 213 PS dan 500 Nm tork. Kuasa dihantar ke empat-empat roda melalui transmisi automatik 10 kelajuan.

Juga bacaKebaikan dan Keburukan: Ford Ranger Wildtrak, trak gaya hidup terbaik di Malaysia?

Apapun, untuk memudahkan anda mencari pilihan mana yang paling sesuai di antara ketiga-tiga pikap ini, apa kata anda terus ke laman Carsome yang mana terdapat pelbagai unit yang dijamin dalam keadaan baik. Setiap pembelian pula termasuk sekali dengan jaminan waranti selama 1 tahun dan jaminan pulang wang selama 5 hari.

Secara alternatif, anda juga boleh memuat turun aplikasi Carsome untuk mencari pilihan kereta yang bersesuaian dengan bajet dan kemahuan anda.

@wapcar_seline tengah cari trak pikap? #nissannavara #mitsubishitriton #reviewkereta #wapcar ♬ In Love With You – BLVKSHP

Source: 3 pikap terpakai yang berbaloi dibeli di Malaysia – Nissan Navara, Mitsubishi Triton dan Ford Ranger

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *