USA jobs

3 model kereta terpakai popular sebagai kenderaan keluarga – Proton X70 dan… Toyota Yaris?

Apabila membeli sebuah kereta keluarga, terdapat beberapa faktor yang biasanya dipertimbangkan oleh pembeli. Berdasarkan maklum balas yang ditonjolkan melalui artikel-artikel Wapcar.my sebelun ini, tiga faktor yang paling penting adalah praktikaliti, ruang, dan prestasi menyeluruh.

1. Praktikaliti

Praktikaliti adalah antara faktor penting untuk setiap pembeli kereta keluarga. Pengguna mahu kenderaan yang mampu memenuhi tuntutan kehidupan harian keluarga seperti menghantar anak-anak ke sekolah, urusan harian, dan memuatkan barang beli belah. Untuk ini, Toyota Yaris terpakai bertepatan dengan kehendak tersebut.

Praktikaliti Toyota Yaris turtu merangkumi faktor seperti kecekapan bahan api, ketahanan dan kos penyelenggaraan yang rendah. Ia mudah diparkir, penggunaan ruang yang baik sebagai hatchback, dan dilengkapi dengan ciri seperti kamera 360 darjah (mengikut varian), brek kecemasan automatik (untuk Toyota Yaris 1.5E dan 1.5G tahun 2021 ke atas), dan pemantauan sudut buta juga amat dihargai.

Toyota YARIS

2. Ruang

Ruang adalah faktor penting lain yang dicari oleh pembeli dalam sebiah kenderaan keluarga. Pembeli mahukan kenderaan yang dapat menampung ahli keluarga, rakan, dan juga barangan dengan mudah. Jika hatchback agak kecil untuk memuatkan 5 orang dewasa, apa kata SUV segmen-C Proton X70 terpakai?

Other Post You May Be Interested In

SUV ini mempunyai cukup ruang kaki dan kepala untuk penumpang depan dan belakang, ruang kargo yang luas, dan ergonomik tempat duduk yang selesa. Antara ciri Proton X70 terpakai yang akan dihargai adalah kawalan iklim automatik dwi-zon, corong penyaman udara belakang, bumbung suria (mengikut varian) dan sistem audio premium Kenwood (mengikut varian). 

Proton X70

3. Prestasi menyeluruh

Kereta keluarga sering diharapkan melakukan segala-galanya, dari perjalanan harian ke tempat kerja dan sekolah hingga mengambil perjalanan jauh. Ini bermaksud pembeli mencari kereta yang menawarkan prestasi menyeluruh yang baik, termasuk perjalanan yang lancar dan selesa, pecutan yang responsif, dan pengendalian yang lincah dan selamat.

Justeru itu, tak salah untuk mempertimbangkan Honda Civic 1.8S. Sedan ini terkenal dengan kecekapan bahan api yang efisien, di samping prestasi trenkuasa Honda yang sedap, serta ciri kelengkapan pemanduan yang mencukupi untuk penggunaan kenderaan keluarga.

Honda Civic

Bagi anda yang mahukan cadangan yang lebih spesifik, apa kata tonton video daripada hos Wapcar terbaru, Seline.

@wapcar_seline tengah cari kereta second dengan gaji bulanan rm5k? #toyotayaris #protonx70 #hondacivic ♬ In Love With You – BLVKSHP

Tidak kira apa pun pilihan anda, kesemua model yang ditawarkan hadir dengan CARSOME Certified, bermaksud ia telah diperbaharui dengan baik dan dilengkapi dengan jaminan pulangan wang 5 hari serta jaminan kenderaan selama 1 tahun.

Terdapat juga tawaran dan promosi lain maka jangan lupa untuk layari laman web CARSOME atau muat turun aplikasi mudah alih hari ini!

Baca: Top 5 – Kereta terpakai pilihan keluarga untuk balik kampung, pandu sedap dan praktikal!

Source: 3 model kereta terpakai popular sebagai kenderaan keluarga – Proton X70 dan… Toyota Yaris?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *