3 lagi jenama gergasi kereta elektrik (EV) akan masuk pasaran Indonesia tahun ini – BYD, VW dan?

Gambar hiasan.

Dalam dunia elektrifikasi, Indonesia adalah antara negara yang pelabur-pelabur besar berminat untuk menapak.

Menurut Ketua Pengarah hal ehwal Mesin, Kelengkapan Pengangkutan dan Elektronik (ILMATE) dari Kementerian Industri Indonesia, Taufiek Bawazier, tahun ini akan ada pengeluar dari China, Jepun dan Eropah datang untuk melabur dan mengorak langkah, sekaligus meningkatkan lagi sektor industri di sana.

Juga bacaKaya dengan nikel dan akan dapat insentif, Jokowi yakin Tesla akan memihak pelaburan di Indonesia

Wuling Air EV, antara kereta elektrik termurah di Indonesia.

Kata beliau juga, produksi kereta elektrik ketiga-tiga jenama ini akan siap pada tahun 2024. Kilang pengeluar EV itu akan mula dibina dalam tahun ini juga. Apapun, Taufiek belum mendedahkan jenama baru mana yang akan memasang kereta elektrik di Indonesia.

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) di acara pecah tanah kilang pemprosesan nikel LG Energy Solution di di Batang Industrial Estate (KITB), Jawa Tengah.

Namun begitu, beberapa jenama telahpun giat berbincang dengan kerajaan Indonesia berkenaan industri kereta elektrik di sana. Salah-satunya adalah BYD Automobile Co Ltd dan Volkswagen.

Juga bacaBos EV VW Group puji Indonesia atas pelan ekonomi jelas & kepelbagaian budaya, Malaysia tercabar?

BYD Dolphin.

Kalau anda nak tahu, proses pelaburan BYD di Indonesia adalah dalam fasa terakhir. Di negara Malaysia pula, BYD sudahpun mula bergerak laju di Lembah Klang dan akan diperkenalkan ke seluruh negara.

Juga bacaRHB: BYD pada 2023 akan lancar lagi 3 model EV di Malaysia – e6, Dolphin dan Seal

Sumber: AutoFun ID

Source: 3 lagi jenama gergasi kereta elektrik (EV) akan masuk pasaran Indonesia tahun ini – BYD, VW dan?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *